Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan Covid-19 pada 12 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor catat lima kes import

SHAH ALAM, 16 OGOS: Selangor mencatat lima kes baharu Covid-19 dan kesemuanya adalah jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menyaksikan aliran kes kembali meningkat berbanding sifar kes baharu semalam di negeri ini.

“Semua kes adalah jangkitan luar negara. Namun terus amalkan norma baru, mutasi Covid-19 yang lebih merbahaya dikesan di Malaysia,” kata Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitter hari ini.

Lima kes berkenaan membabitkan warganegara dengan dua daripadanya pulang dari India manakala satu kes masing-masing tiba dari Lubnan, United Kingdom dan Jepun.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor ialah 2,149.


Pengarang :