Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati Kuala Selangor Tahun 2025 di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 4 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Draf RKK Bandar Malawati: Orang awam diminta beri pandangan

KUALA SELANGOR, 4 OGOS: Orang awam diminta memberi pandangan berhubung Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 yang dilancarkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata konsep perancangan bersama dan mesra rakyat membantu Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan mendapat keputusan lebih cepat dan tepat.

“Kerjasama ini akan membentuk persekitaran pembangunan yang lebih sistematik dan berkesan, malah persekitaran yang mampan dan kehidupan penduduk lebih selesa dan berkualiti dapat dicapai.

“Justeru, saya menyeru agar semua penduduk di bandar Kuala Selangor dapat memanfaatkan peluang semasa tempoh publisiti ini dijalankan, anda boleh mengemukakan bantahan atau cadangan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian di Dataran Malawati, hari ini.

Amirudin menjelaskan orang ramai mempunyai tempoh sehingga akhir Ogos ini untuk berbuat demikian dan mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek itu menerusi laman web rasmi MDKS atau memuat naik aplikasi RKKBMKS di Google Play.


Pengarang :