Atlet taekwondo Malaysia memiliki peluang beraksi pada Olimpik 2020 di Jepun kerana masih terdapat empat slot dari benua Asia untuk diisi. Foto: Facebook
AGENDASUKANKINI

Dua atlet taekwondo berpeluang raih slot ke Olimpik 2020

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Dua atlet taekwondo negara, Ahmad Nor Iman Hakim Rakib dan Syafiq Zuber dilihat berpeluang menempah slot secara merit ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo tahun depan.

Pengarah Teknikal Taekwondo Malaysia (TM) R Dhanaraj berkata atlet Malaysia memiliki peluang beraksi pada temasya sukan berprestij itu kerana masih terdapat empat slot dari benua Asia untuk diisi.

“Peluang itu ada tapi kita tidak boleh cakap ia terlalu cerah. Kita ada dua atlet masing-masing kategori bantam (Ahmad Nor Iman) serta feather (Syafiq) dan slot mereka (untuk atlet Asia) masih ada,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, hari ini.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil adalah pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing menerusi Elaine Teo dan Che Chew Chan, masing-masing beraksi dalam kategori wanita bawah 57 kilogram (kg) dan 67kg.

Sementara itu, Dhanaraj berkata tiada sebarang kejohanan antarabangsa dianjurkan pada tahun ini selepas pengumuman dibuat World Taekwondo pada April lepas ekoran pandemik Covid-19.

-BERNAMA


Pengarang :