Orang awam diwajibkan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Foto ASRI SAPFIE/ SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dua kes baharu Covid-19 di Selangor, empat hari berturut kurang lima kes

SHAH ALAM, 7 OGOS: Bilangan kes aktif di Selangor kekal kurang lima kes dalam tempoh empat hari berturut-turut.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata dua kes baharu membabitkan kes import hari ini menjadikan empat kes aktif direkodkan.

“Jangkitan dari Emiriah Arab Bersatu dan Turki menyebabkan kes meningkat kepada 2,132,” katanya melalui hantaran Facebook.

Susulan jangkitan kluster PUI Sivagangga di Perlis dan Pulau Pinang, STFC turut mengingatkan rakyat mamakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal selain menggunakan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi memudahkan penjejakan kontak.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan 25 kes baharu Covid-19 dilaporkan dengan 16 merupakan penularan tempatan menjadikan keseluruhan sebanyak 9,063 kes.

Pengarang :