Nge Sze Han bercakap kepada media selepas melawat kilang Ligno Biotech Sdn Bhd di Perindustrian Balakong Jaya, Balakong pada 22 Jun 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO saran kerajaan wujud dasar kawal kemasukan warga asing

SHAH ALAM, 11 OGOS: Kerajaan digesa mewujudkan satu dasar menyeluruh mengawal kemasukan warga asing ke Malaysia, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata sekiranya dasar itu tidak diwujudkan segera maka lambakan golongan berkaitan terutama yang terlibat dalam industri perniagaan seperti sektor penjajaan semakin meningkat.

“Selagi kerajaan Persekutuan tidak menghantar pulang mereka, sektor terbabit akan dikuasainya. Bagaimanapun Kerajaan Negeri akan bertindak tegas bagi mengawal lambakan peniaga berkaitan di Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Sze Han berkata pihak berkuasa tempatan di negeri ini juga tidak akan berkompromi dengan kegiatan sewa lesen kepada warga asing.

“Kita bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan kerana kebanjirannya memberi kesan tidak baik kepada peniaga tempatan serta mencemarkan imej Selangor khususnya dan Malaysia amnya,” kata beliau.


Pengarang :