Firefly, syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia Airlines Bhd memperkenalkan “Firefly Passport”. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONALPELANCONGAN

Firefly tawar pas perjalanan tanpa had ke destinasi domestik

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Firefly, syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia Airlines Bhd memperkenalkan “Firefly Passport”, pas perjalanan tanpa had untuk ke mana-mana destinasi domestik di Semenanjung Malaysia.

Menurut Firefly, produk perjalanan udara yang terkini itu dibuka untuk jualan mulai 24 hingga 30 Ogos, 2020 dengan menawarkan dua pilihan iaitu pas tiga bulan bernilai RM399 atau penerbangan tanpa had selama enam bulan bernilai RM699.

“Firefly Passport memberi nilai hebat untuk membolehkan rakyat Malaysia terbang ke pelbagai destinasi sama ada untuk balik kampung, meneroka Malaysia, mengembara dan menikmati percutian dengan keluarga dan rakan-rakan atau mencari pilihan yang menjimatkan kos untuk perjalanan melibatkan urusan kerja yang kerap dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Firefly Passport boleh dibeli menerusi laman web https://www.fireflyz.com.my/travelpass.

-BERNAMA


Pengarang :