Anggota penguat kuasa Majlis Pperbandaran Selayang (MPS) meroboh dan menyita khemah peniaga bengkel kenderaan yang diletakkan di kawasan awam tanpa kebenaran pada 10 Ogos 2020. Foto MPS
PBTSELANGOR

Ganggu parkir awam, MPS sita khemah pengusaha bengkel kenderaan

SHAH ALAM, 12 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meroboh dan menyita khemah milik pengusaha bengkel kenderaan di Jalan SBC 3, Taman Sri Batu Caves, Gombak.

Pengarah Jabatan Korporatnya berkata tindakan dibuat pada Isnin selepas pengusaha bengkel terbabit meletakkan khemah di kawasan parkir kereta sehingga mengganggu orang ramai.

“Satu notis halangan mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta133) dikeluarkan kepada pihak berkaitan bagi mengalihkan sendiri halangan itu pada 30 Julai lalu.

“Bagaimanapun, peniaga gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan,” kata Mohamad Zin Masoad dalam kenyataan.

Beliau berkata peniaga diberi amaran supaya sentiasa mematuhi peraturan seperti dalam syarat lesen perniagaan dan tidak mendirikan atau meletakkan sebarang halangan di kawasan awam.


Pengarang :