Saintis menyediakan sampel semasa penyelidikan dan pembangunan vaksin Covid-19 di makmal bioteknologi BIOCAD di Saint Petersburg, Rusia pada 11 Jun 2020. Foto REUTERS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Gelombang baharu Covid-19 di negara luar, masyarakat diminta berhati-hati

SHAH ALAM, 25 OGOS: Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) mengingatkan masyarakat terus mengambil langkah berjaga-jaga susulan gelombang kedua wabak yang melanda beberapa negara luar.

Menurut STFC perkembangan tersebut sangat membimbangkan kerana gelombang baharu wabak juga boleh berlaku di negara ini sekiranya mereka alpa.

“Oleh sebab itu, amalkan penjarakan fizikal, jaga kebersihan, pakai pelitup muka dan pastikan setiap kali masuk ke premis, rekodkan kemasukan tersebut dengan SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat).

“Hanya itu caranya sekarang untuk menghalang gelombang kedua berlaku di Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Selangor merekodkan tiga kes baharu hari ini dengan dua daripadanya kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,158.

Secara kesuluruhan sebanyak 11 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini melibatkan sembilan kes tempatan dan dua kes import.


Pengarang :