Seorang wanita mengenakan pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19 ketika berjalan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada 6 Ogos 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Hampir 20 juta dijangkiti virus di seluruh dunia

SHAH ALAM, 10 OGOS: Hampir 20 juta kes Covid-19 dicatatkan di seluruh dunia ketika ini, yang mungkin tidak menggambarkan kadar jangkitan sebenar.

Sekurang-kurangnya 727,288 individu maut akibat pandemik tersebut, yang dikesan di China hujung Disember tahun lalu, lapor AFP.

Ketika ini Amerika Syarikat (AS) merekodkan lima juta kes dengan lebih 162,000 kematian, tertinggi di dunia mendahului Brazil yang mencatat lebih 100,000 kematian.

Donald Trump didakwa mengetepikan perlembagaan dengan melanjutkan pakej bantuan secara unilateral, yang disifatkan anggota Demokrat dan Senat sebagai ‘tidak akan berfungsi, lemah dan terlalu sempit’.

Arahan eksekutif yang ditandatangani presiden AS itu antaranya mengetepikan cukai pendapatan dan menyediakan bantuan sementara kepada mereka yang tidak bekerja.

Kebanyakan negara mengenakan sekatan sosial ketat bagi mengekang penularan virus itu. Tebaharu, negara kecil Afrika, Malawi mengambil tindakan sama dengan menutup bar dan gereja.


Pengarang :