AGENDANASIONAL

Helmi sasar perbaiki rekod peribadi di Litar Tangkak

SHAH ALAM, 21 OGOS: Pelumba Hi Rev Honda SCK Racing, Mohd Helmi Azman bertekad memperbaiki rekod peribadi pada pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 di Litar Tangkak pada esok dan Ahad ini.

Pendahulu kejuaraan CP150 itu mahu mengekalkan momentum kemenangan yang dimulakannya pada pusingan pembuka tirai di Litar Sepang bulan lalu.

“Musim ini, tiga daripada lapan pusingan kejuaraan akan dianjurkan di litar sepanjang 1.1km ini. Jadi boleh dikatakan Litar Tangkak menyimpan kunci kejayaan bagi saya dan pasukan.

“Kami sudah yakin dengan kemampuan jentera kami di Litar Sepang tetapi kelebihan di litar itu sahaja tidak memadai,” kata Helmi.

Pada musim lalu, dua pusingan Cub Prix dianjurkan di Litar Tangkak di mana Helmi terjatuh di pusingan ketiga dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 di pusingan ke-lapan.

“Kami menyasarkan kedudukan podium ataupun sekurang-kurangnya kedudukan lima teratas di pusingan yang akan datang ini. Itulah langkah pertama bagi pasukan kami terus memperbaiki prestasi di Litar Tangkak,” katanya.


Pengarang :