Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ikut norma baharu, risiko jangkitan Covid-19 masih ada

SHAH ALAM, 29 OGOS: Masyarakat terus diingatkan tidak melanggar tatacara operasi piawai (SOP) terutama ketika berada di tempat awam.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor berkata norma baharu perlu dipatuhi meskipun sesuatu tempat dikategori berisiko rendah mendapat jangkitan.

“Jangan langgar SOP dan rutinkan norma baharu terutama apabila anda berada di tempat awam. Risiko rendah bukan bermakna tiada risiko,” tulis pasukan itu di Facebook malam ini.

Selangor mencatat dua kes import hari ini dari India dan Indonesia dengan keseluruhan kes 2,166. Tiada kes tempatan dilaporkan di negeri itu untuk kali ke-54.

Malaysia mencatat 11 lagi kes baharu Covid-19 dengan 10 kes import dan satu penularan tempatan. Keseluruhannya sebanyak 9,317 kes direkod manakala jumlah kematian kekal 125 orang.


Pengarang :