Rakaman gambar siluet petugas kesihatan Selcare membuat ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selayang pada 22 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDAGLOBAL

Indonesia catat 2,345 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 15 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dan kini berjumlah 137,468 kes dengan 76,327 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,345 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 50 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,071 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 28,882 kes, diikuti Jawa Timur (27,415) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,988 orang, diikuti Jakarta (980), Jawa Tengah (780), Sulawesi Selatan (343) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA


Pengarang :