Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berucap ketika program Majlis Jelajah Presiden ke Selangor 2020 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 7 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangan khianati parti, kukuhkan KEADILAN di Selangor

SHAH ALAM, 8 OGOS: Ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengingatkan pemimpin dan ahli parti di Selangor supaya tidak mengkhianati amanah rakyat.

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata negeri itu akan “dilaknat” pengundi pada pilihan raya akan datang jika pengkhianatan terhadap parti berterusan.

“Nyahkan perasaan (khianat) itu. Biarkan mereka (pengkhianat) tikam kita, kita maju ke depan. Kita rapatkan saf,” katanya dalam Majlis Jelajah Presiden Ke Selangor di sini, malam tadi.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor yang juga Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta sebahagian pemimpin utama parti hadir program itu.

Shamsul juga meminta semua pihak harus berganding bahu, bekerjasama dan memastikan pentadbiran negeri terpelihara melalui kepimpinan Amirudin.

“Kita solid dengan perjuangan agenda dan reformasi. Kita tak nak lagi ada pengkhianat dalam parti. Kita sedar apa berlaku (kebelakangan ini) memberi kesan kepada presiden,” katanya.


Pengarang :