AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah usahawan: Shopee, Lazada ajar teknik niaga dalam talian

SHAH ALAM, 19 OGOS: Lebih ramai peniaga digalak menyertai Jelajah Usahawan Digital Selangor siri dua Sabtu ini, yang menampilkan syarikat e-dagang gergasi seperti Shopee dan Lazada.

Program anjuran Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) di Klang Executive Club mengajar selok-belok niaga dalam talian termasuk servis penghantaran barang.

“Pendaftaran terhad kepada 200 orang sahaja dan menerima sambutan memberangsangkan setakat ini. Kita buka pada semua tidak kira bangsa,” kata Pengurus Kelas E-Dagangnya Salman Ahmad ketika dihubungi.

Beliau berkata program tersebut turut mendapat kerjasama Boost, Avana, Ninja Van, Bungkusit, Hijrah Selangor dan Youbeli.

Intipati program seperti berikut:

1. Cara mula menjual di Lazada Malaysia
2. Mulakan perniagaan e-dagang melalui platform media sosial oleh Avana
3. Memahami penggunaan e-dompet dan pembayaran secara dalam talian oleh Boost
4. Kepentingan servis penghantaran untuk perniagaan masa kini oleh Bungkusit
5. Cara menjual di Shopee


Pengarang :