Hee Loy Sian ketika di temubual SelangorKini selepas Majlis Perasmian Kemudahan Lampu Solar Di Kampung Orang Asli Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Jambu, Dengkil pada 27 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kehadiran murid Orang Asli ke sekolah merosot selepas PKP

SEPANG, 27 OGOS: Kehadiran pelajar Orang Asli terutama di sekolah rendah merosot selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

EXCO hal ehwal orang asli berkata perkara itu dilapor Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang bimbang pelajar kaum minoriti itu keciciran.

“Sebelum PKP mereka tidak ada masalah ke sekolah. Mungkin sudah selesa duduk lama di rumah menyebabkan mereka enggan ke sekolah semula.

“Jadi saya harap ibu bapa memainkan peranan penting dengan pastikan anak masing-masing hadir ke sekolah setiap hari,” kata Hee Loy Sian ketika merasmikan Majlis Pemasangan Lampu Solar di Kampung Orang Asli Jambu di sini semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri amat menitikberat pendidikan Orang Asli malah Jakoa membekalkan RM2 untuk seorang pelajar setiap hari bagi menggalak mereka ke sekolah.

“Kita mahu anak Orang Asli mendapat pendidikan sempurna seperti kaum lain. Kita tidak mahu mereka tercicir dalam pelajaran,” katanya.


Pengarang :