Amirudin Shari menyempurnakan gimik perasmian jersi rasmi tuan rumah Liverpool FC x Nike 2020/2021 ketika majlis perasmian jersi itu diadakan di Football Republic, Petaling Jaya pada 6 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Kelab Penyokong Liverpool jangka Klopp beli pemain bukan bintang

SUBANG JAYA, 7 OGOS: Kelab penyokong Liverpool Malaysia berharap pengurus pasukan, Jurgen Klopp membeli pemain baharu sekalipun individu itu bukan berstatus bintang.

Presiden All Reds Malaysia berkata keutamaan adalah memiliki pemain pelapis yang mampu mengisi beberapa posisi penting bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan.

“Untuk musim hadapan kita tengok pasukan enam teratas sudah mula membeli pemain,” kata Muzili Aznor Musa ketika majlis pelancaran jersi baharu Liverpool tajaan Nike di kedai sukan Al-Ikhsan, Sunway Pyramid di sini semalam.

Presiden All Reds Malaysia Muzili Aznor Musa

“Tetapi di bawah pengurusan Klopp, strategi beliau lebih suka melahirkan pemain berstatus bintang berbanding membelinya.”

Sebelum ini, beberapa pemain dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield antaranya penyerang Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe dan pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara.

Terbaru, The Reds dikhabarkan bakal memuktamad pembelian pertahanan kiri dari Algeria, Aissa Mandi yang bermain kini bersama kelab La Liga, Real Betis.

Liverpool baru-baru ini mengakhiri penantian 30 tahun untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris. The Reds, nama jolokan pasukan itu, turut menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab.


Pengarang :