Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 18 Ogos 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Keputusan lanjut PKPP bergantung situasi semasa global, tempatan

SHAH ALAM, 25 OGOS: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat pada 31 Ogos dilanjutkan atau tidak bergantung kepada situasi semasa global dan tempatan.

Ketua pengarah kesihatan berkata pihaknya perlu menilai situasi semasa sebelum mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu melihat beberapa faktor antaranya situasi global, tempatan termasuk peringkat serantau.

“Kemudian KKM akan mengemukakan cadangan komprehensif untuk dibentangkan kepada Perdana Menteri dan beliau akan buat pengumuman, bukan saya,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Kelmarin Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga keadaan terkawal.


Pengarang :