Pegawai Jabatan Imigresen menyemak dokumen pemilik pasport sebelum membenarkan membaharuinya ketika tinjauan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen pada 4 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Kerajaan sokong ganda kompaun langgar arahan perintah kawalan

SHAH ALAM, 28 OGOS: Kerajaan menyokong cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) menaikkan kadar kompaun antara dua hingga tiga kali ganda terhadap individu yang melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu perlu diperhalusi dan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dipinda.

“Tiada sesiapa dikecualikan daripada peraturan ini dan mana-mana individu yang melanggarnya akan dikenakan hukuman setimpal,” katanya melalui perutusan khas malam ini.

Selasa lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan cadangan KKM menaikkan denda semasa bagi kesalahan di bawah Akta 342 dari RM1,000 kepada RM10,000.

Beliau berkata cadangan tersebut dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.


Pengarang :