AGENSISELANGOR

Kerja tambah baik LRA Sungai Gombak siap sepenuhnya

SHAH ALAM, 11 OGOS: Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gombak siap sepenuhnya pada 6.30 petang tadi, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata usaha menstabilkan sistem pengeluaran bekalan air di peringkat LRA giat dilaksanakan dan menjangkakan agihan bekalan air ke kawasan terjejas bermula jam 9.30 malam ini.

“Proses pemulihan adalah secara berperingkat dan gangguan bekalan air berjadual melibatkan 20 kawasan di Gombak dijangka pulih sepenuhnya pada 9.30 pagi esok (12 Ogos),” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium seperti Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com

Katanya pelanggan terjejas juga dinasihatkan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan.


Pengarang :