Seorang pengawal keselamatan bangunan mengimbas pekerja dan pelawat dengan menggunakan alat pengesan suhu dan cecair pembasmi kuman bagi mencegah Covid-19 di Jakarta pada 13 Mac 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat, jumlah terkini 143,043

JAKARTA, 18 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia yang berterusan meningkat telah mencapai kepada 143,043 kes hari ini, manakala 78,394 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,673 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam di republik itu.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 70 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,277 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 30,465 kes, diikuti Jawa Timur (28,551) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi, iaitu 2,055 orang, diikuti Jakarta (1,014), Jawa Tengah (801), Sulawesi Selatan (346) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA


Pengarang :