Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 18 Ogos 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM: Kes baharu Covid-19 kembali catat dua angka dengan 16 kes

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Kes positif Covid-19 di negara ini kembali mencatatkan dua angka hari ini dengan 16 kes baharu dilaporkan merangkumi 12 kes penularan tempatan dan empat kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 9,235 kes, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 185 kes.

Kesemua tujuh kes baharu itu melibatkan tiga kes tempatan di Kedah iaitu dua daripada Kluster Sala dan satu kes Kluster Tawar.

“Pulau Pinang merekodkan empat kes juga daripada Kluster Tawar dan satu kes di Johor iaitu kes saringan sign-on kapal yang telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 23 kes pulih turut dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di negara ini sebanyak 8,925 kes atau 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-BERNAMA


Pengarang :