Saintis menyediakan sampel semasa penyelidikan dan pembangunan vaksin Covid-19 di makmal bioteknologi BIOCAD di Saint Petersburg, Rusia pada 11 Jun 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

KKM teliti vaksin negara luar sebelum kerajaan tempah

SHAH ALAM, 13 OGOS: Langkah menempah vaksin negara luar yang mendakwa boleh mencegah Covid-19 dianggap terlalu awal, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti keberkesanan vaksin itu sebelum membuat tempahan.

“Banyak negara dakwa dah jumpa (vaksin) tapi kita tak tahu sejauh mana boleh digunakan, sejauh mana ia berjaya.

“Saya percaya KKM akan lihat dari segi penggunaannya samada boleh guna atau tak,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Selasa lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata negaranya berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan ‘imunisasi stabil’ bagi merawat jangkitan pandemik itu.

Pengeluaran dijangka September ini sudah mendapat permintaan 20 negara membabitkan lebih satu bilion dos.


Pengarang :