Selangorkini
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bersama sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuat pemantauan Pematuhan Pemakaian pelitup muka di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 1 Ogos 2020. Foto Facebook Polis Petaling Jaya
AGENDA NASIONAL

Kluster baharu libatkan anggota polis di Kedah

SHAH ALAM, 14 OGOS: Satu lagi kluster baharu dikesan di Kedah membabitkan dua anggota polis, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Muda bermula dari kes indek iaitu kes ke-9,114 yang menjangkiti rakan sekerjanya, kes ke-9,147.

“Kedua-duanya dirawat di hospital. Setakat ini 124 kontak rapat sudah disaring.

“Hanya dua disahkan positif. Lima negatif manakala 117 masih tunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengesanan kes secara aktif sedang dilakukan selain proses pembersihan dan nyahcemar dijalankan di lokasi dikenal pasti.


Pengarang :