Anggota polis dari IPD Kubang Pasu melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) di laluan utama pekan Napoh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Parlimen Kubang Pasu sehingga 30 Ogos ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster Tawar dikesan, sembilan individu positif Covid-19

SHAH ALAM, 13 OGOS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kluster baharu di Kedah, kluster Tawar membabitkan sembilan kes positif Covid-19 hari ini.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster berpunca dari kes ke-9113, merupakan lelaki tempatan yang mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.

“Majlis dihadiri kira-kira 30 inividu lain. Pada 8 Ogos, beliau mengalami sakit dada serta demam dan segera mendapatkan rawatan di pusat perubatan.

“Saringan Covid-19 dilakukan pada 9 Ogos dan disahkan positif dua hari kemudian,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Susulan itu, beliau berkata aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

“Sehingga hari ini 86 kontak termasuk ahli keluarga disaring. Sembilan disahkan positif, 21 negatif dan 56 masih menunggu keputusan. Semua positif adalah satu keluarga,” katanya.


Pengarang :