Seorang kanak-kanak ditenangkan oleh ibunya ketika ujian saringan Covid-19 di Flat PKNS Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 12 April 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kluster Tawar jangkiti kanak-kanak tiga tahun, petugas kesihatan

SHAH ALAM, 14 OGOS: Seramai 261 individu disaring bagi pengesanan kes positif Covid-19 melibatkan kluster Tawar, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 156 saringan dilakukan di Kedah manakalala 105 menjalankan ujian di Pulau Pinang.

“Setakat ini 21 positif, 20 di Kedah dan satu di Pulau Pinang. 152 individu disahkan negatif manakala 88 masih belum mendapat keputusan.

“Hari ini 11 kes baharu dikesan dari kluster ini. Ia termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun serta lima petugas hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster Tawar sebagai kluster baharu.

Kluster berpunca dari kes ke-9,113 iaitu lelaki tempatan yang menghadiri upacara keagamaan dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.


Pengarang :