Borhan Aman Shah ketika di temubual SelangorKini selepas Program Sambutan Kemerdekaan ke 63 Dun Tanjong Sepat ‘Setia Jiwa Harmoni Sekata’ di Dewan Kebudayaan Homestay Batu Laut, Tanjong Sepat pada 23 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Kumpulan Wak Jeng ceriakan sambutan ambang merdeka

TANJONG SEPAT, 23 OGOS: Sambutan ambang merdeka di sini bakal dimeriahkan dengan persembahan kumpulan pemuzik jalanan (buskers) Wak Jeng, kata Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat.

Borhan Aman Shah berkata semua masyarakat sekitar dijemput hadir menonton persembahan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada enam ahli keluarga dari Batu Pahat, Johor itu.

Menurut Borhan kumpulan Wak Jeng popular di media sosial Facebook kerana menyanyikan lagu masyarakat berunsur nasihat serta irama 70-an.

“Oleh itu, saya menyeru supaya orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikan Wak Jeng, selain persembahan muzik, kita juga menyediakan cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

ADN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah (tengah) bersama penduduk mengibarkan Jalur Gemilang ketika Program Sambutan Kemerdekaan ke 63 Dun Tanjong Sepat ‘Setia Jiwa Harmoni Sekata’ di Dewan Kebudayaan Homestay Batu Laut, Tanjung Sepat pada 23 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kesemua acara istimewa ini dianjurkan semata-mata untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan,” katanya ketika program Sambutan Kemerdekaan ke-63 anjuran Dewan Undangan Negeri Tanjong Sepat, di Dewan Kebudayaan Homestay Kampung Batu Laut, di sini hari ini.

Dalam pada itu Borhan berkata sambutan tersebut dilakukan tanpa mengabaikan tatacara operasi piawai (SOP) mencegah penularan wabak Covid-19.

“Pada masa sama penduduk tidak boleh mengabaikan SOP, kekal menjaga jarak dan buat pendaftaran sebelum masuk ke kawasan acara,” katanya kepada SelangorKini.


Pengarang :