Ketua Audit Dalam Mais, Zaharudin Salim menyerahkan sumbangan makanan asas kepada penduduk di Kampung Perigi Nanas, Pulau Indah yang terkesan susulan Covid-19 pada 20 Ogos 2020. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais, IRM bantu 44 keluarga terkesan pandemik Covid-19

SHAH ALAM, 20 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bersama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Islamic Relief Malaysia (IRM) mengagihkan sumbangan makanan asas kepada 44 keluarga di Kampung Perigi Nanas, Pulau Indah hari ini.

Mais dalam kenyataan memaklumkan sumbangan itu bagi meringankan beban dan tanggungan keluarga yang benar-benar terkesan susulan Covid-19.

“Menjadi tanggungjawab Mais memenuhi keperluan muslim di Selangor dalam keadaan bencana dan pasca bencana.

“Mais dan IRM harap sumbangan ini dapat menceriakan keluarga dan meringankan sedikit bebanan mereka ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19,” katanya.

Sumbangan diserahkan Ketua Audit Dalam Mais, Zaharudin Salim.

Turut hadir Ketua Kampung Kampung Perigi Nenas, Fauzi; Pengurus Bahagian Program IRM Halimahton Saadiah; Pengurus Bahagian Pengurusan Komuniti IRM, Haris Sharim dan Pengurus Bahagian Kreatif dan Inovasi IRM Fadhilah Rahim.


Pengarang :