Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Dr Ahmad Shahir Makhtar berucap pada Seminar Pasca Covid-19 (Atur Strategi Membangun Ummah).
AGENSISELANGOR

Mais: Masyarakat perlu dibantu walau norma baharu

SHAH ALAM, 6 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengingatkan semua pihak supaya memberikan sepenuh tanggungjawab membantu antara satu sama lain meskipun dalam situasi norma baharu.

Peringatan itu dinyatakan Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar menerusi seminar Pasca Covid-19 (Atur Strategi Membangun Ummah) semalam.

“Semua pihak diingatkan berusaha membangunkan ummah walau dalam suasana norma baharu,” kata beliau ketika berucap merasmikan seminar itu semalam.

Seminar yang dihadiri 60 peserta itu menjadi medan informasi terkini dalam menyusun keutamaan dan strategi baharu bagi memastikan masyarakat sentiasa terbela.

Seminar setengah hari itu diteruskan dengan perkongsian berkaitan tajuk Pasca Covid19- Implikasi, Prioriti dan Strategi oleh Penasihat Ekonomi dan Korporat kepada Dato’ Menteri Besar, Dr Zulkufli Zakaria.

Kemudian diikuti dengan perkongsian bertajuk “Surviving The Low Touch Economy” oleh Penganalisis Kewangan dan Ekonomi, Prof Madya Aimi Zuhazmi Abdul Rashid.


Pengarang :