AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mangsa keganasan rumah tangga digesa elak cerai, rujuk JKM

SHAH ALAM, 6 OGOS: Mangsa keganasan rumah tangga dinasihatkan tidak tergesa-gesa untuk bercerai tetapi merujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan bukti mereka didera.

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Noor Huda Roslan berkata mereka boleh memohon kepada JKM untuk mendapatkan perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO).

“Mengenai isu keganasan dalam rumah tangga sama ada ia berlaku kepada isteri atau suami, diminta melaporkan kepada JKM terlebih dahulu untuk penyelesaian perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung di Facebook Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan menerusi tajuk Aku Terima Nikahnya (Hak Dalam Rumahtangga) hari ini.

Noor Huda berkata mangsa keganasan tidak harus berdiam diri demi keselamatan diri dan ahli keluarga serta berusaha mencari saluran betul untuk diluahkan.

IPO ialah perintah diberi kepada mangsa sementara menunggu siasatan polis manakala PO pula perintah diberi sekiranya mereka masih memerlukan perlindungan.

PO dikeluarkan apabila tindakan guaman diambil di bawah kanun keseksaan apabila tertuduh disabit melakukan kesalahan. Perintah ini berkuat kuasa untuk jangka masa 12 bulan.


Pengarang :