Dato’ Seri Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat di Surau Annasihin, Kampung Sungai Kertas, Batu Caves pada 31 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Fahami, hayati erti ibadah korban

SHAH ALAM, 1 OGOS: Dato’ Menteri Besar mengajak rakyat Selangor memahami, mendalami dan menghayati ibadah korban demi kesejahteraan negeri ini.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ibadah pada tahun ini memberi pengertian berbeza kerana negara sedang berdepan ancaman Covid-19.

“Namun saya sangat yakin Selangor mampu bangkit dengan tangkas berdepan dengan cabaran getir ini,” katanya menerusi video dikongsi di laman sesawang amirudinshari.com .

Amirudin berkata selaku Menteri Besar, dirinya banyak mengorbankan masa bersama keluarga demi bekerja serta menjaga kepentingan rakyat.

“Sedikit melukakan hati dalam keadaan tertentu saya perlu mengorbankan kepentingan peribadi demi kepentingan awam dan masyarakat,” katanya.

Perasaan sama dikongsi isteri Datin Seri Masdiana Muhamad apabila diri dan anak-anaknya melakukan banyak pengorban sejak Amirudin dilantik sebagai Dato’ Menteri Besar.

“Amirudin kadang kala meluahkan pengorbanan dilakukannya, beliau berkorban masa tidak sama seperti ayah lain, kadang-kadang dia mohon maaf sebab tidak dapat luangkan banyak masa dengan saya dan anak-anak,” katanya.


Pengarang :