Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui media selepas Majlis Penjenamaan Kolej Antarabangsa INPENS Dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Penajaan Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) di Kolej Antarabangsa INPENS, Kuala Selangor pada 25 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: Tidak tukar penjawat awam, undang-undang mampu tangani rasuah

KUALA SELANGOR, 25 OGOS: Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menukar penjawat awam ketika ini bagi membendung gejala rasuah, kata Dato’ Menteri Besar

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tindakan undang-undang sedia ada dilihat wajar bagi mengekang kegiatan berkenaan dan pihaknya bersikap terbuka supaya perkara itu disiasat pihak berkuasa selain tidak melindungi golongan berkaitan.

“Saya percaya hanya segelintir sahaja terlibat dan kita tidak boleh menghukum mereka yang belum didapati bersalah.

“Namun kebimbangan ini wujud tetapi pertukaran bukanlah jawapan sebab ini melibatkan jenayah,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan penjenamaan semula Kolej Antarabangsa INPENS di sini.

Beliau menjelaskan Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pelbagai perkara termasuk program memetrai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) supaya penjawat awam di Selangor bebas rasuah.

Semalam, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam titahnya menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan segelintir pegawai serta kakitangan penguat kuasa jabatan kerajaan di Selangor.


Pengarang :