Ketua Pegawai Operasi merangkap Ketua Kluster Ekonomi dan Kewangan MBI, Soffan Affendi Aminudin menyambut kedatangan Norita Mohd Sidek di pejabatnya hari ini.
AGENSISELANGOR

MBI lantik Norita sebagai CEO baharu

SHAH ALAM, 3 OGOS: Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Norita Mohd Sidek dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang baharu.

Menurut MBI pelantikan Norita, 60, berkuat kuasa hari ini menggantikan Raja Shahreen Raja Othman yang tamat kontrak pada 30 November 2019.

“Seluruh warga kerja MBI Selangor mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Hajah Norita Mohd Sidek di atas pelantikan selaku Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor yang baharu,” katanya melalui Facebook hari ini.

Norita berpengalaman luas dalam bidang pengurusan perancangan industri termasuk institusi kerajaan, perhubungan awam, hartanah dan hal ehwal korporat berkhidmat lebih 30 tahun bersama PKNS.


Pengarang :