Antara barangan dirampas Majlis Perbandaran Klang dalam operasi gempur premis perniagaan di Jalan Klang Sentral kelmarin.
PBTSELANGOR

MPK sita barang niaga di premis dikendali warga asing

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 14 sitaan pelbagai kesalahan dalam operasi gempur di Jalan Klang Sentral 5/KU5, dekat sini kelmarin.

Timbalan pengarah penguatkuasanya berkata tindakan itu dikenakan hasil pemeriksaan ke atas tujuh premis perniagaan di kawasan berkenaan.

“Tiga premis didapati mempunyai lesen kedai runcit tetapi menjual ayam hidup dan arak tiada lesen sah manakala empat lagi kedai pelbagai jenis perniagaan juga didapati tiada lesen,” kata Shahrul Hazri Abd Majid dalam kenyataan.

Beliau berkata hanya satu premis dikendalikan warga tempatan dan selebihnya dijaga warga asing.

Katanya, MPK tida mempunyai kuasa mengenai kebanjiran warga asing namun pihak berkuasa tempatan itu sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menangani isu berkenaan.

“Kita tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan peniaga warga asing. Malah, kita akan memperhebatkan lagi operasi dari semasa ke semasa,” katanya.

Orang awam dialu-alukan membuat aduan berhubung premis dikendalikan warga tersebut di sekitar Klang menerusi http://awas.mpklang.gov.my/


Pengarang :