G Gunarajah ketika melawat kawasan pembuangan sampah haram di Jalan Kebun Nenas, Klang semalam. Foto Facebook ADN Sentosa YB Gunaraj
ADNSELANGOR

MPK wujud skuad khas tangani isu pembuangan sampah haram

SHAH ALAM, 20 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan Skuad Khas Penguatkuasaan untuk membersihkan tapak pembuangan sampah haram di Jalan Kebun Nenas, kata Ahli Dewan Negeri Sentosa.

G Gunarajah berkata pihak berkuasa tempatan itu juga akan memasang kamera litar tertutup (CCTV)
bagi memantau salah laku di kawasan tersebut.

“MPK memberi jaminan akan membersihkan dan melakukan pengindahan kawasan ini dengan kadar segera.

“Selain skuad khas itu, mereka juga akan memasang lampu jalan dan CCTV agar pemantauan secara terus di kawasan itu dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Gunarajah sepanjang 2019 MPK menyita 40 buah kenderaan dan tindakan sama dilakukan terhadap 20 kenderaan lain tahun ini kerana terlibat dalam aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau merayu penduduk setempat agar memberikan kerjasama menjaga kebersihan dan keselesaan kawasan ini sesuai dengan hasrat mewujudkan ‘Sejahtera Sentosa’.

Terdahulu satu operasi memantau kawasan pembuangan sampah haram di kawasan itu dijalankan pelbagai agensi semalam.


Pengarang :