Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita kafe milik warga Sudan di Bandar Saujana Putra, 21, Kuala Langat pada 26 Ogos 2020. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL sita kafe milik warga Sudan, rampas barangan

SHAH ALAM, 27 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita sebuah kafe dikendalikan warga Sudan di Bandar Saujana Putra, dekat sini semalam.

Yang dipertuanya berkata tiada kompromi dengan perkara itu kerana Kerajaan Negeri tidak membenarkan warga asing manjalankan perniagaan di negeri ini.

“Dalam operasi jam 4 petang anggota penguat kuasa mendapati kafe di Kuala Langat itu dikendali warga asing dan bertindak menyita beberapa barangan seperti shisha, meja, kerusi dan monitor komputer,” kata Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dalam kenyataan.

Beliau berkata tindakan tegas diambil demi menjaga kesejahteraan peniaga tempatan.

“Justeru, penduduk Kuala Langat yang mempunyai maklumat berkaitan perniagaan melibatkan warga asing boleh menghubungi MPKL melalui talian 03-3187 2825 atau Sistem Pengurusan Aduan Selangor,” katanya.


Pengarang :