Pemantauan penjaja di Pekan Salak Sepang, Taman Murni Sepang, Taman Meranti Jaya Puchong pada 7 April 2020. Foto Facebook Majlis Perbandaran Sepang
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPSepang cadang tambah lokasi pusat penjaja, galak niaga secara sah

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bercadang menambah lokasi pusat penjaja sementara bagi membolehkan lebih ramai peniaga berniaga secara sah mulai Oktober.

Yang dipertuanya berkata lokasi tersebut dimuktamadkan bersama jabatan teknikal dalam masa terdekat dengan konsep lebih sistematik.

“Dalam tempoh terdekat kita rancang untuk tambah lokasi penjaja sekali gus memberi peluang penjaja berniaga dengan lesen sah.

“Perkara ini kita sasar untuk bentangkan bulan hadapan dalam mesyuarat jawatankuasa dan Insya-Allah awal Oktober kita mulakan,” kata Mohd Fauzi Mohd Yatim ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Mohd Fauzi menasihatkan peniaga tidak berlesen supaya pindah segera ke tempat yang kurang berisiko kepada orang awam dan aliran trafik sebelum permohonan lesen sementara diluluskan.

Minggu lalu, MBSA memberikan permit perniagaan sementara kepada 180 peniaga kecil dan penjaja di Bandar Baru Sungai Buloh melalui program penyusunan semula peniaga dan penjaja kawasan berkenaan.

Terbaharu MPKj juga mengikut langkah MBSA dengan mengeluarkan permit sementara kepada 150 peniaga dan penjaja kecil tidak berlesen di kawasan pentadbirannya.


Pengarang :