Ng Suee Lim (tengah) menjawab pertanyaan ketika sidang media Pelancaran Program ADUN Muda Selangor Virtual 2020 di SUK Selangor, Shah Alam pada 24 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Nelayan diminta salur maklumat, jangan jadi tali barut penyeludup

SHAH ALAM, 24 OGOS: Masyarakat terutama nelayan di Sekinchan diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membendung pendaratan pendatang asing di kawasan itu, kata Ahli Dewan Negerinya.

Ng Suee Lim berkata pihaknya kesal apabila perairan atau jeti nelayan menjadi tempat pendaratan sekaligus mencemarkan imej Sekinchan sebagai lokasi pelancongan utama.

“Saya berharap orang ramai dan nelayan di Sekinchan, Sabak Bernam dan Sungai Besar bekerjasama menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan kepada pihak berkuasa.

“Saya ingatkan nelayan supaya tidak terlibat, bersubahat atau menjadi tali barut sindiket penyeludupan.

Saya gesa pihak berkuasa segera ambil tindakan jika ada nelayan terlibat, kita tidak boleh bertolak ansur,” katanya pada sidang media di Bangunan Annex, di sini semalam.

Beliau mengulas berhubung tujuh bot nelayan tempatan membawa 28 pendatang asing termasuk tujuh tekong ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah di perairan Sekinchan pada Rabu dan Khamis lepas.

Komander PGA Briged Tengah, SAC Muhammad Abdul Halim berkata hasil risikan mendapati sindiket penyeludupan menggunakan bot nelayan tempatan berdaftar sebagai taktik terbaharu untuk menjalankan kegiatan berkenaan.


Pengarang :