Poster ‘Jom Daftar Undi’ yang berlangsung Sabtu ini (15 Ogos) di Gelanggang Bola Keranjang SS2, Petaling Jaya.
ADNSELANGOR

Orang ramai dijemput daftar undi, berpeluang rakam potret daripada nasi lemak

SHAH ALAM, 11 OGOS: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunku mengajak orang ramai menyertai program Jom Daftar Undi yang berlangsung Sabtu ini di Gelanggang Bola Keranjang SS2, Petaling Jaya.

Program yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu memberi peluang kepada 100 pendaftar pertama menerima potret yang dihasilkan daripada nasi lemak.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dijangka hadir bersama ADN Bukit Tunku Lim Yi Wei bagi merasmikan program berkenaan.

“Huh? Nasi Lemak?! Macam mana tu? Hah, kalau nak tau, jom turun Sabtu ini dan lihat bagaimana pasukan The Rojak Projek akan membuat sebuah potret ‘Nasi Lemak’ dengan wajah Dato’ Seri Amirudin Shari dan Lim Yi Wei!” menurut keterangan promosi program.


Pengarang :