AGENDANASIONAL

PAKATAN kesal kerajaan tarik balik hadkan tempoh jawatan PM

SHAH ALAM, 27 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) kesal dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang menarik balik pindaan Perlembagaan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal.

Majlis Setiausaha berkata keputusan Kerajaan yang dipimpin Perikatan Nasional itu mensia-siakan peluang melaksanakan reformasi kerana pindaan berkenaan memberi peluang ramai pemimpin politik baharu untuk berkhidmat sebagai perdana menteri dan menutup kemungkinan budaya pendewaan seseorang pemimpin.

“Antara tujuan utama PAKATAN mengusahakan pindaan ini adalah untuk memastikan seorang individu tidak memegang jawatan perdana menteri untuk tempoh terlalu lama yang memungkinkan dia boleh mengambil kesempatan ke atas kedudukan tersebut selama memegang jawatan politik utama negara. Ini termasuk kemampuan menutup penyelewengan yang dilakukannya,” kata Fahmi Fadzil , Khalid Samad dan Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama.

Ketiga-tiga pemimpin mewakili KEADILAN, Amanah dan DAP berkata sikap ‘pusingan U’ itu membuktikan Kerajaan tiada ‘falsafah perjuangan’ dan hanya berminat memegang kuasa dan tidak mempunyai wawasan atau visi lebih besar untuk memastikan demokrasi sentiasa subur.


Pengarang :