Presiden Pertubuhan Amal THZ, Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi menyampaikan sumbangan barang keperluan pencegahan Covid-19 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr Ahmad Fadzil Ahmad Tajuddin di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi.
PBTSELANGOR

Pertubuhan Amal THZ sumbang 2,000 unit bahan cegah Covid-19

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pertubuhan Amal THZ menyalurkan bantuan 2,000 unit bahan pencegah Covid-19 berupa pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Kita cuba membantu sedaya yang boleh dan Pertubuhan Amal THZ kini aktif mengagihkan sumbangan di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Insya-Allah kita akan agih sumbangan di seluruh Selangor,” kata Presiden Pertubuhan Amal THZ Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi yang juga penaungnya.

Majlis berlangsung di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi dengan Dr Hishammuddin menyerahkan sumbangan kepada Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzil Ahmad Tajuddin.

Beliau menjelaskan pihaknya turut memberikan mesin semburan pembasmi kuman ke beberapa sekolah terpilih di sekitar Klang bagi membolehkan pelajar melakukan pembasmian kuman sebelum ke kelas.


Pengarang :