Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Tuan Ir Izham Hashim bergambar bersama peserta khursus fertigasi pada Program Selangor Agro Bandar di Amerin Mall, Seri Kembangan pada 29 Ogos 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Peruntukan besar jadikan Selangor pusat simpanan makanan negara

CHERAS, 30 OGOS: Kerajaan Negeri dijangka memperuntuk sejumlah besar wang dalam Belanjawan 2021 untuk menjadikan negeri ini pusat simpanan makanan pada masa depan.

EXCO Asas Tani Ir Izham Hashim berkata pihaknya memohon sekurang-kurangnya RM100 juta bagi tujuan itu berbanding hanya RM30 juta yang dilulus dalam belanjawan terdahulu.

“Penularan Covid-19 mengajar kita pentingnya ada sumber makanan sendiri tanpa bergantung bekalan import dan kerjasama semua pihak penting untuk merealisasikannya.

“Perkara ini melibatkan seluruh rantaian, jadi kita tidak mahu ada pihak tertinggal sekaligus menggagalkan usaha ini, kita jangka hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua tahun iaitu kurangkan sedikit kos import makanan,” katanya selepas menghadiri Program Agro Bandar Selangor di Amerin Mall semalam.

Izham berkata Kerajaan Negeri mengorak langkah menjayakan misi tersebut menerusi pembangunan di tanah seluas 5,000 ekar yang berpotensi sebagai gedung simpanan dan pengeluaran makanan.

“Selain itu kita turut laksanakan program bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi peruntukan RM50 juta untuk projek pertanian makanan dan penternakan dengan mengoptimumkan penggunaan tanah seluas 300 ekar.”


Pengarang :