Ahli Dewan Negeri Meru, Fakhrulrazi Mokhtar bersama peserta Pusat Wanita Berdaya pada program Bengkel Membuat Cenderahati Coklat pada 22 Ogos 2020. Foto ihsan : Facebook ADN Meru
ADNSELANGOR

Peserta PWB dinasihat berniaga, majukan diri

SHAH ALAM, 23 OGOS: Golongan wanita yang menyertai aktiviti anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) dinasihat menceburi perniagaan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Fakhrulrazi Mokhtar berkata ini kerana golongan itu mampu berdikari dan memajukan diri dengan ilmu dipelajari daripada program yang dianjurkan.

“Mereka (wanita) antara golongan beruntung kerana Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bidang kemahiran berpotensi besar termasuk kerja yang boleh dibuat di rumah.

“Saya harap wanita di Selangor tidak melepaskan peluang untuk manfaatkan ilmu yang mereka belajar menerusi program atau kelas anjuran PWB bagi menjana pendapatan. Jangan belajar separuh jalan sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, PWB Meru menganjurkan program Bengkel Membuat Cenderahati Coklat membabitkan penyertaan 35 peserta wanita yang terdiri dalam kalangan suri rumah di dewan undangan negeri tersebut.


Pengarang :