Ahli Dewan Negeri, Dr G Gunarajah (dua dari kiri) bersama pelajar yang menyertai Program Trek DUN Sentosa. Foto: ADN Sentosa
ADNSELANGOR

Program bimbingan ke IPTA DUN Sentosa berjaya tarik 30 pelajar

SHAH ALAM, 12 OGOS: Program Trek Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa berjaya menarik hampir 30 pelajar walaupun baru dilancarkan hujung Julai lalu.

Ahli Dewan Negeri berkata program itu membimbing pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan dan lepasan SPM tahun lalu mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Menjadi satu tanggungjawab kita bagi memastikan anak muda dibimbing agar mereka berada di trek yang betul supaya mendapat peluang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.

“Sehingga kini, seramai sembilan pelajar lepasan SPM 2019 berjaya dibimbing,” kata Dr G Gunarajah dalam kenyataan.

Beliau menambah program yang dijalankan setiap Selasa, jam 7 petang di Pusat Khidmat Masyarakat Sentosa terus memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar.


Pengarang :