Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail sebagai panelis ketika Program Keusahawanan Selangor RESTART di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 12 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Program Selangor Restart bangkit semangat usahawan terus maju

SHAH ALAM, 12 OGOS: Program Keusahawanan Selangor Restart mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai 250 usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Anjuran Yayasan Hijrah Selangor dan EXCO Pembangunan Usahawan, program ini bertujuan menaikkan semangat usahawan di negeri ini untuk meneruskan perniagaan.

“Pelaksanaan program ini bukan sakadar dapat mengoptimumkan impak dalam memajukan usahawan di Selangor secara menyeluruh malah ia memberikan motivasi kepada mereka untuk bangkit walaupun penularan pandemik belum berakhir,” kata Rodziah Ismail ketika ditemui di Pusat Membeli Belah Plaza Alam Sentral.

Selain menampilkan pakar motivasi keusahawanan Prof Adjung Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Rodziah turut menjadi ahli panel forum bersama selebriti Farah Fauzana, Dr Shasa Aziz dan Datuk Abdul Rahim Abdullah yang mewakili Klinik Usahawan Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari turut hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian penutup dan menyampaikan cek cura berjumlah RM11.8 juta kepada Yayasan Hijrah Selangor bagi membantu 1,036 usahawan sebagai tambahan modal perniagaan.


Pengarang :