EXCO Kerajaan Negeri, Mohd Khairuddin Othman
EXCOSELANGOR

RM2.24 juta naik taraf kemudahan sukan – Khairuddin

SHAH ALAM, 5 OGOS: Sebanyak RM2.24 juta diperuntuk untuk menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri komited memastikan kemudahan berada dalam keadaan baik seiring matlamat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

“Walaupun negara sedang dilanda wabak Covid-19 namun peruntukan menyelenggara kemudahan sukan tetap tidak berubah, ini komitmen kita untuk mewujudkan masyarakat yang gemar bersukan atau beriadah.

“Setiap DUN menerima peruntukan RM40,000 setiap tahun dan disalur berdasarkan permohonan wakil rakyat kawasan masing-masing, contohnya ada pohon tambahan dana bina gelanggang futsal atau naik
taraf kelengkapan sedia ada,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Khairuddin berkata kemudahan sukan di peringkat daerah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa seiring misi Selangor Negeri Negeri Pintar 2025.

“Selangor tidak sesekali melupakan aspek pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan kita mahu pastikan kemudahannya di kawasan bandar dan luar bandar dinaik taraf,” katanya.


Pengarang :