Ng Suee Lim menyerahkan plakad kepada Sekretariat Program, Lee Xiang Sheng sebagai simbolik Pelancaran Program ADN Muda Selangor Virtual 2020 di SUK Selangor, Shah Alam pada 24 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor pertama anjur sidang dewan maya, peserta 15 tahun boleh sertai

SHAH ALAM, 24 OGOS: Selangor menjadi negeri pertama menganjur sidang Dewan Negeri (DNS) secara maya khusus untuk golongan muda termasuk pelajar sekolah seawal umur 15 hingga 35 tahun.

Speaker DNS Ng Suee Lim berkata Program Ahli Dewan Negeri Muda Selangor Virtual 2020 dianjurkan pada 3 Oktober bakal disertai 56 peserta mewakili setiap kawasan pilihan raya.

“Sebelum ini program ahli dewan negeri (ADN) muda merupakan persidangan khas untuk pelajar universiti di Selangor tetapi selaras dengan kelulusan had umur mengundi kepada 18 tahun, kita memutuskan peluang wajar dibuka kepada pelajar sekolah menengah.

“Kita berpandangan pelajar perlu diberi pendedahan lebih awal terhadap peranan dan fungsi ADN yang secara tidak langsung membantu golongan tersebut membuat keputusan ketika pilihan raya nanti,” katanya pada sidang media di Bangunan Annex di sini.

Ng Suee Lim menjawab pertanyaan ketika sidang media Pelancaran Program ADN Muda Selangor Virtual 2020 di SUK Selangor, Shah Alam pada 24 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Suee Lim berkata permohonan dibuka sejak Jumaat lalu hingga 4 September yang boleh dibuat menerusi :
http://bit.ly/ADNMudaSelangorVirtual‬ portal dewan.selangor.gov.my.

“Setakat ini kita menerima lebih 300 permohonan dan kualiti peserta menjadi keutamaan yang akan diputuskan jawatankuasa penganjur terdiri pejabat speaker, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis
Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 16 dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Undi18.

“Sebanyak 30 peratus peserta diperuntuk kepada golongan wanita dan orang kelainan upaya (OKU) selaras dasar Kerajaan Negeri untuk memartabatkan kedudukan golongan tersebut,” katanya.


Pengarang :