AGENSISELANGOR

Selangor rekod 4 kes baharu Covid-19 babitkan kru kapal

SHAH ALAM, 31 OGOS: Selangor merekodkan empat kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,171, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

“Corak kes baharu itu berbanding semalam menunjukkan peningkatan,” tulis agensi itu di Twitter, hari ini.

Sementara itu data Bilik Gerakan Negeri Selangor memaklumkan semua kes baharu membabitkan kes import iaitu dua pengembara bukan warganegara dari Singapura dan dua lagi pengembara warga tempatan.

“Empat orang pesakit ini merupakan kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari Singapura dan telah berlabuh di Pelabuhan Port Dickson.

“Mereka dikuarantin di Hotel Marriot Putrajaya sebelum disahkan positif dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya menerusi kenyataan.


Pengarang :