Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bersama anggota Tentera Udara Diraja Malaysia membuat rondaan di sekitar perumahan di Kampung Padang Jawa Shah Alam pada 25 Mei 2020 bagi memastikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dipatuhi. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sembilan individu tak patuh SOP kuarantin di rumah dikenakan tindakan

SHAH ALAM, 11 OGOS: Polis melakukan 1, 445 pemeriksaan ke atas individu yang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sembilan daripada individu diperiksa dikenakan tindakan kerana gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

“Polis bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu tebabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata polis turut menahan 230 individu kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 13 individu direman manakala 2 individu lagi dijamin dan 215 individu lain dikompaun.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam (22), aktiviti yang tidak mengikuti SOP (49), premis beroperasi lebih masa (1), tidak memakai pelitup muka (26).

Kesalahan lain adalah aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (128) serta melanggar perintah kuarantin (2) dan gagal melunaskan kos kuarantin (2).


Pengarang :