ADN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah berucap ketika Program Sambutan Kemerdekaan ke-63 DUN Tanjong Sepat ‘Setia Jiwa Harmoni Sekata’ di Dewan Kebudayaan Homestay Batu Laut, Tanjung Sepat pada 23 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Tanjong Sepat tumpuan penunggang basikal, peniaga dapat laba

TANJUNG SEPAT, 24 OGOS: Tanjong Sepat menjadi lokasi tumpuan penunggang basikal berikutan pemandangan laut yang menarik dan indah di sepanjang perjalanan dilalui mereka, kata Ahli Dewan Negerinya.

Borhan Aman Shah berkata kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sering dilalui golongan berkaitan berikutan laluan dari Putrajaya ke Bagan Lalang menjadi pilihan mereka menjalankan aktiviti berbasikal yang kian popular di sini.

“Kegiatan tersebut juga memberi kesan positif kepada peniaga seperti pengusaha premis makanan dan sekarang kita sudah ada Rojak Paru selain Kafe Cikgu yang sering dikunjungi.

“Oleh itu, saya berharap supaya kerja naik taraf jalan raya Tanjong Sepat pada tahun depan akan membantu menggiatkan lagi aktiviti sukan ini dan membolehkan imej pelancongan meningkat naik,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika Sambutan Kemerdekaan ke-63 anjuran DUN Tanjong Sepat di Dewan Kebudayaan Homestay Kampung Batu Laut di sini semalam.


Pengarang :