Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Vach Pillutla bergambar bersama jersi rasmi tuan rumah Liverpool FC x Nike 2020/2021 di Football Republic, Sunway Pyramid pada 6 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Teladani Liverpool, semangat berpasukan atasi Covid-19, isu ekonomi

SUBANG JAYA, 6 OGOS: Semangat berpasukan yang dipamer Liverpool, juara Liga Perdana Inggeris (EPL), harus diteladani dalam menangani penularan Covid-19 mahupun kesukaran ekonomi.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kesungguhan tidak putus-putus pasukan itu hingga berjaya mengakhiri penantian 30 tahun untuk kembali muncul sebagai juara juga wajar dicontohi.

“Saya ingin sebutkan bagaimana semangat melawan yang ada pada Liverpool itu membawa kejayaan kepada pasukan,” katanya pada pelancaran jersi baharu Liverpool di kedai sukan Al-Ikhsan di Sunway Pyramid di sini hari ini.

“Rakyat Malaysia baik penyokong Liverpool atau bukan kena faham dan (semangat juang) baik untuk kita ikuti untuk diterap dalam melawan Covid-19 dan (membangunkan) ekonomi.”

Liverpool beberapa kali hampir menjuarai EPL tetapi kecewa pada saat akhir pada 2013 selepas tewas kepada Chelsea dan 2019 kepada Manchester City dengan perbezaan satu mata.

Namun, kehadiran pengurus Jurgen Klopp sejak 2015 mengubah dimensi The Reds, nama jolokan pasukan itu, apabila meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia Kelab dan terbaru, kembali mengungguli EPL.


Pengarang :